Thursday 3 October 2013

pengalaman ku di SMK ULU KINTA (GURU)

alhamdullilah........
 

27/9/2013.... tamat la sesi bertugus aku di sekolah smk ulu kinta, tak sangka aku boleh jadi cikgu, tapi allah maha kaya.  rindu plak aku kat sekolah tu... banyak kenangan manis n masin.. hihihi.. pahit pun ada juga.  first day aku masuk sekolah tu mmg agak bosan( bukan first day but first week). taktaw nak watpe... budak2 pon tak kenal lagi. time tu life aku ngan cikgu2 veteran ja.. huhuhu.. lepak ngan diaorng... smo pon ngan diaorg, tapi best gak dat ciga free.... hhihihihi...
    

lama kelamaan aku pulak makin suka ngan sekolah,tapi bila dah kenal ngan studnt dia la... student sempoi n boleh wat kawan n GF( HAHAHA...melampau tu)...

 
time aku jadi cikgu mmg relex,  masuk klas ganti pon relex. maklumla..... guru kaunseling katakan.. bila PK HEM tanya kenapa tak mengajar.. " aku cakap... saya guru kaunseling.. guru kaunseling mmg tak boleh mengajar.. hihihihihi.....

time masuk kelas ganti tu... mcm2 perangai student aku tengok... tapi tak kisah la.... time aku sek dulu, perangai aku lebih kurang mcm tu... tapi sejahat2 aku kat sek.. aku tetap respect cikgu or older...

 segala sifat student aku dah hafal...
yang mana budak lelaki yang kantoi merokok tu ngan aku tu.. aku just nasihat je. aku tak sanggup nak ambil tindakkan. kadang2 kesian gak, kalo boleh aku taknak rekod disiplin mereka naik...  apa yang aku tengok budak sekolah sekarang ini... kebanyakkan mereka berpontensi untuk berjaya, tapi sifat malas n malu membuat mereka tercundam....


ape pun at last day... aku terharu sgt2.. 


tapi sayangnya... aku dapat kenal ngan student sesi petang just sebulan ja dalam tempoh 3 1/2 bulan time aku bertugas...  itu pon aku di beri tugas untuk jaga pagar( tahan student lewat datang kew sekolah)

adik sesi petang semuanya comel2 n sempoi...   hehehehhe   (gelak jahat)


pape pun saya nak ucapkan terima kasih warga smk ulu kerana terima cikgu seadanya cikgu di sana... tanpa korng.. mukin cikgu akan sesat di pertengahan jalan



yang mana bagi kad tu. cikgu hargai sangat.. nak ja nangis.. tapi apo boleh wat.. air mata lelaki sangat mahal...hihihihi....EGO.... kepada pihak sekolah.. terima kasih kerana terima kami.... dan kapada pelajar sesi pagi khasnya 4 seri pagi.. terima kasih mengadakan jamuan perpisahan cikgu di bilik kaunseling...

terima kasih sangat2...........


 TERIMA KASIH SMK ULU KINTA...
in sya allah saya akan kesana untuk bertemu ngan diaorg......












terima kasih ya Allah.........

Wednesday 2 January 2013

3 ari lgi aku mau exam.... apa pun tak stdy.... besok nak exam, malam tu baru stdy.. huhuhu... itu la sikap ku yang agak teruk....


wahai kau sang labi-labi'
besok nak exam,
 malam ni terkial-kial kau nak stdy,
nak kata gifted,
sepatah harem pon kau tak reti,
bila exam, kau taw azabnye nanti..


hahahhaa.... RASAKANN

Monday 10 December 2012

sepi tanpa berkata apa-apa

aku rasa biarlah cinta aku ini berlalu... bukannya aku tidak menyangi dia... tapi disebabkan keadaan aku yang memaksa untuk tidak selalu menemaninya... aku tahu....setiap wanita perlu di sayangi,perlu di dampingi dan perlu dilindungi.. malam tadi, aku memang tidak dapat menemani mu. aku sebuk dengan urusan aku, menghabiskan sisa assingment yng perlu di siapkan segera sehingga aku terlupa untuk membals pesanan mu..   mungkin salah aku tak memberi tahu pekara sebenar... kadang2 aku terfikir juga, apakah  langkah yang terbaik dlm menjaga hubungan kita, akan tetapi, aku terkandas di tepian jalan yang penuh dengan konflik.. aku tahu... aku memang tidak sepadan untukmu.. tapi aku ni manusia yang ingin bangun dari kelemahan itu.. membaiki dan terus membaiki kelemahan diri... mungkin pada suatu seketika dulu, air mata seorg lelaki ini pernah berlining kerna tidak mahu kehingan mu.. dan tapi.. sekarang ini tidak lagi... aku telah bgun dan membiaki kelemahan itu... redho dengan ketentuan allah..  bagi ku... agak susuh untuk melepaskan mu, tapi kita hanya bercinta sebelum kawen dan aku tiada hak melarangmu daripada tidak mencintai ku...



  aku bkn anak org kaya, bukan anak seorang hartawan... tapi aku anak seorang peneroka yang terus berusaha dan terus berusaha demi mencari sebutir beras..  aku tahu.. mukin kau tidak menyukai aku ketika berada di kampung, kerna aku di kampung  kerna aku tiada masa untuk menemani mu... dan aku terpaksa mencuri masa untuk menemani mu...  aku anak orang kampung.... tiada bnyak masa untuk bersamamu... tapi itu bukan satu alasan bagiku untuk mengendahkan mu...

sayanng... aku bukan tidak bersungguh mencintai mu... tapi... pengalaman yang lalu telah mematangkan aku...  aku pernah mencinta seorang wanita yang sebaya dengan mu.... tapi cinta kami tidak berputik mekar.. . demi sayangku padanya... aku sanggup mengabiskan wang aku demi membantu kekasih lamaku yang hendak menyumbung pelajarannya...  tapi.. allah maha perancang.... kekasihku itu telah berkawin dengan jejaki pilihan keluaganya... dan aku tidak menghalang pilihan keluaganya itu... apakah hak aku untuk melarang keputusan kedua ibubapanya yang ingin membina sebuah masjid yang indah..  aku rela pergi demi cintaku padanya..... aku mahu dia bahagia... walaupun aku sendiri yang terpaksa menanggung keperitannya...


sayang..... dulu kau pernah memberi tahu aku bahawa kau pon mempunyai nasib yang sama seperti dia....   tapi disebabkan cinta ku yang kuat terhadap mu.... aku pertahankan cinta kita.... aku cuba mnyakinkan kau bahawa.. aku lah lelaki yang mampu memiliki jiwamu.. aku sanggup pertahankan cinta kita....  aku sanggup melayan kerenah mu.. kerna aku tidak mahu kehilangan mu....



 sayang aku tahu.. kau pun mempunyai perasaan yang sama.. saling mnyangi....  aku masih ingat lagi samasa kt tidak dapat berhubung selama seminggu... semasa itu.. kau bagaikan tidak tentu arah dan gelisah mencariku.... munkin ketika itu salah ku... tidak memberi tahu kepadamu  yang HP ku tlh rosok pada ketika itu aku menolong bapaku ketika hari hujan dan aku masih sanggup untuk ner-msg denganmu.. walaupon aku tahu risiko nya... ketika itu juga.. aku menjdi tak tentu arah....  aku sellu pergi di hadapan rumah mu ngan harapan aku ada di sana...  dan dari situ aku lihat.. kesungguhanmu kpda ku.... kau telah memberiku HP mu kpda ku.. supaya kita dapat berhubung..




sayang.. maafkanlah aku......

di hari ini aku ingin mengetahui apa jwapanmu.... tapi kau masih sepi tanpa berkata apa-apa...
---------------------------------------------------------------------------




"di hari ini aku ini berada di dalam hujan.. supaya drirku basah dan kawn ku tak dapat mengesyaki ku menangis kerna mu..... biarla aku amenangis dlm hujan.. supaya semua orang tidak tahu aku sedang menangis menahan hiti ini yang tidak mahu kehilangmu"




Maafkanku sayang... aku tahu.. usahaku tidak kuat untuk mempertahan cinta kita.... aku harap biarlah hubung kita berakhir dengan aman.. dan tiada perasaan iri hati sesama kita.... 

Maafkan aku sayang.... aku tak sanggup kehilangan mu.... 
tapi mungkin ini penyelesaikan terbaik untuk mu...
 dan aku membiarkan kau buat keputusan.. supaya keputusan mu itu memuaskan hati,,,, 

Friday 7 December 2012

kenangan anak-anak sedaraku bersunat....

pada hari rabu yang lalu(5/12/2012), telah berlangsungnye majlis berkathan anak-anak buah ku...
memamg meriah. aku dan abg-abgku mengusuk mereka sehingga mereka takut untuk bersunat... sebelum bersunat,kami membiarkan mereka bersuka-ria dengan bermain hujan. dalam hati aku berkata" seronoklah kau puas-puas, lps ni kau taw la azab kau... hihihihihi". sejam selepas itu, tibalah masanya untuk bersunat dan  anak-anak buahku tiba-tiba menjadi budak baik yang sebelum ini, merekalah hero di rumah ku. habis barang aku di rosakan oleh mereka ketika aku tiada di rumah huhuhuhuhu. :( . sebelum tu.. lupa plak aku nak bagi taw ramai tak anak sedaraku yg bersunat hihihhih.. XD. tak ramai, hanya 5 orang saje... iaitu------> bernama syakir8, Iqbal9, Arif7, Addin7 dan Qayyum8...


pukul 3 ptg..... akhirnye... bermulanya majlis bersunat...( ini lah time paling seronok hihihihi)..... tok mudim pun datang dan dia melangkapkan perkakas untuk bersunat...  org petama yang kena sunat iaitu Syakir...

elok jew aku nak pergi ke dapur untuk minum.... aku kedengaran suara memanggil aku " Hakim oii Hakim... mai jap... meh tolong pegang budak ni jap" rupa-rapanya yang memanggil aku itu adalah tok
mudin...  aku pun pegang lah....  ketika aku pegang anak sedare aku ni...   badan dia mengetar skit... tiba-tiba aku terdengar Tok mudin berkata: anu budak ni susah skit.. sebab dia gemuk...  disebabkan Tok mudin tu pro.. maka ank sedare ku ni pun bersunat la.. ketika bersunat, anak sedara ku ini hanya menangis teresak-esak jew.. monoloq ku( hebat gak budak ni tak menangis kuat.... ) selepas itu, Iqbal plak... dia ni hebat skit... diam jew ketika bersunat.. aku suka gelegat ank sedara ku yang bernama Arif ni. ketika dia hentak bersunat, dia trus menangis( kuat jugak la dia menangis).  semasa hendak sunat..  ank sedara ku ni menjerit... "Tok mudin buat apa tu.. tutup la blik kain kita ni.. jgn la pegang anu kita,jgn la pegang" apa lagi.. satu rumah ku ketawa ngan gelagat ank sedare ku ni.. selepas Tok mudin memotong anu ank sedare ku ini... anak sedare ku menjerit lagi " dah la tu.. jgn la pegang la tutup la blik kain kita.. ( time tu Tok mudin nak membalut anu yang telah di potong)...

selepas itu giliran Addin plak.. dia ni hebat skit... tak nangis... memamg hero lah.. selepas itu aku terdengar suara tangisan yang agak kuat" mak.. nak pakai seluar blik... tak nk sunat, tak nak sunat" aku pon pergi ke arah suara itu. pada mulanya aku cian gak kat anak sedara ku ni... semasa aku hendak bawa di ke Tok mudin dia meronta-ronta.. aku pon biar la dahulu.. agak lama juga parent dia untuk memujuk.. tiba-tiba datang ank sedare ku yg berumur 18thun. dia memegang tangan dan kaki si Quyyum dan trus di bawa ke tok mudim... ni makan kau( bapa saudara yg kejam skit.. huhuhuhu)... dan dia trus di sunatkan dlm keadaan menangis...

di ptg itu kami bersyukur kerana kelima-lima ank sedara kami selamat di sunatkan...
dan tiba giliran bapanya untuk menjaga anak-anak mereka...

LOL    :)  --XD

Thursday 20 September 2012

mamaaa.... kepala adik pecahhh....

sungguh tersentuh perasaan apabila bayi yang baru lahir di campak begitu sahaja. 


Mama cantik sangat! Kulit Mama hitam manis. Mata Mama bundar bersinar. Hidung Mama mancung. Bibir Mama tak la tebal sangat dan tak la nipis sangat,sedang molek je. Gigi Mama teratur rapi. Pipi Mama mulus gebu. Sikit pun tak ada jerawat. Mama tetap cantik walau tak diconteng mukanya dengan alat solek. Tapi yang paling adik suka,rambut Mama. Rambut Mama panjang sampai ke pinggang! Lebat hitam berkilat. Mama rajin cuci rambut dengan syampu. Hmmm..wangi!
Adik ada nenek. Nenek pun cantik. Tapi adik jarang nampak nenek dalam rumah ni. Nenek kerja. Mama kerja. Atok pun! Adik Mama ada dua. Sorang laki-laki dan sorang perempuan. Semuanya adik susah nak jumpa. Mereka sibuk dengan kerja. Matahari belum terbit semua dah keluar. Matahari terbenam baru la sorang,sorang balik ke rumah. Mama pun macam tu jugak. Nak buat macamana,Mama kerja shift. Minggu ni siang,minggu depan malam pulak.
Jiran-jiran adik ramai. Sebelah kanan Pak Andak,dia kerja “Jaga” kat kilang elektronik yang tak jauh dari rumah kami. Pak Andak takde isteri,tahun lepas Mak Andak meninggal akibat kanser payudara. Anak-anaknya semua dah kawin. Mereka duduk jauh. Kawan Pak Andak hanyalah dua ekor kucing yang dia letak dalam sangkar besi di dapurnya. Sebelah kiri rumah adik, Pakcik Meor dan Makcik Ana. Walau dah berkahwin selama lima tahun tapi mereka belum ada anak. Kesian kan? Ada ramai lagi jiran-jiran Adik tapi Adik tak tau nama mereka semuanya.
Mama sayang Adik. Adik tau la. Mama selalu belai-belai Adik. Usap-usap Adik. Bila nak keluar pergi kerja,mama akan pakai baju yang longgar,selesa. Dari dulu pun Mama memang macam tu. Mama tak suka pakai baju yang ketat-ketat. Bagi adik,Mama pakai apa pun semuanya cantik! Asyik cerita pasal Mama je..adik pun ada Papa ,tau? Papa…orangnya tinggi. Hensem.Rambutnya pendek bersikat rapi. Kulit Papa agak cerah sikit dari kulit Mama. Papa  sentiasa pakai kemas-kemas. Adik paling suka tengok Papa senyum. Papa ada lesung pipit!
Papa kerja tempat lain. Sebab tu Mama pergi kerja naik van pekerja. Masa balik je kadang-kadang Papa jemput Mama. Selalunya Papa balik rumah waktu Mama kerja shift malam. Masa tu Atok,Nenek,Pak Teh dan Makcu tak ada di rumah. Masa ni la Mama dan Papa akan ” berehat “sama-sama. Bila Mama kerja shift siang,Papa pulak kerja out-station! Adik tengok rumah ni macam sarang burung merpati je. Siang semua terbang cari makan. Dah nak senja baru ada penghuni.
Adik suka duduk kat  sini. Seronok. Adik tau la Adik dah besar. Makan pun dah banyak. Adik lasak! Selalu jugak Mama mengeluh sebab Adik tak duduk diam. Tapi Mama sabar.Mama pegang Adik. Mama raba kepala Adik. Mama suruh Adik diam,jangan nakal sangat. Bila dengan Papa je,kadang-kadang Adik tengok Mama sedih. Mama nangis. Papa pujuk Mama. Papa belai Mama. Papa cium mama! Eeeee…malu la! Lepas tu,Mama ok balik. Mama senyum balik. Adik dengar Papa kata kat Mama, ” Jangan risau Mama, semua pasti beres. Takde apa yang nak ditakutkan,Papa kan ada?” Mama mengelus jemari  Papa,” Janji ya Papa? Papa jangan sia-siakan kami..” “Ya! Papa janji, lepas Mama bersalin, kita nikah secepat mungkin,soal isteri Papa tu, tau la Papa mengurusnya. Mama memeluk lengan Papa, ” Betul ke ni Papa?” ” Sumpah!”
***********************************
Dah seminggu Papa tak datang tengok kami. Papa tak jemput mama di tempat kerja. Puas Mama telefon. Puas Mama sms. Tapi hampa. Mama menggenggam handphone ke mana pergi. “Nombor yang anda dail gagal untuk dihubungi,sila tinggalkan pesanan di peti suara…” Mana Papa kamu ni?” Mama mengusap-ngusap Adik. Mama berjalan mundar-mandir dalam rumah. Mama cuba lagi dan lagi menelefon Papa. Tapi hampa. Mama geram. Mama melontar handsetnya ke katil. Bersepai handset tu jatuh ke lantai. Mama? Kenapa Mama buat macam tu? Kan susah nanti nak contact Papa?
Mama menangis. Lama Mama menangis sampai bergoncang-goncang tubuh Mama. Mama mengutip  handphone yang bersepah di lantai. Mama memasangnya semula. Mama cuba call Papa berkali-kali. Tapi tak juga berjawab. Mama menjerit. ” Tak guna punya jantannn!!”  Adik tak tau nak buat apa. Apa mesti Adik buat? Kesian Mama. Mana Papa? Mana Atok? Nenek? Balik laa..Mama sakit ni..Adik tau Mama sakit,sakit sangat! Adik mesti tolong Mama! Adik kena keluar dari sini..dah lama adik duduk dalam ni, berkongsi makan dan minum dengan Mama. Berkongsi segalanya dengan Mama. Adik nak cepat besar. Adik nak tolong Mama. Adik mesti sebab adik tau,”Syurga itu di bawah tapak kaki Mama!”
**********************************
Adik dah kat luar Mama!  Lainnya suasana di luar ni..tak macam masa Adik kat dalam. Kat dalam,Adik terapung-apung. Ruang untuk bergerak pun terhad. Ada masanya kepala Adik di atas,ada masanya kepala Adik di bawah. Nah…sekarang Adik rasa sangat selesa. Kaki Adik boleh dilurus! Kaki Adik boleh tergawang-gawang di udara. Tangan Adik pun! Sukanya! Adik ketawa ..adik ketawa kuat-kuat!
Mama berpeluh satu badan. Ada tompokan darah di kaki Mama dan di sana sini. Di badan Adik pun. Mama tutup mulut Adik!
“Kau diam boleh tak????”
Adik ketawa lagi…”Mama,mamaa….ni Adik la,Mama”
“Budak ni? Kan aku suruh diammmm???”
“Mama…Mama…kenapa Mama?”
Mama bergerak perlahan-lahan menuju ke laci almari solek di tepi Adik. Mama mengeluarkan sebilah gunting. Mama menggenggamnya. Dengan sangat hati-hati memotong tali pusat Adik. Mama merenung Adik. Mata kami bertembung. Ohh..Mama memang sangat cantik! Mama merenung Adik lama-lama. Sekonyong-konyong telefon Mama berbunyi. Mama menjawab dengan suara tertahan-tahan,” Apa? Ayah nak balik sekejap lagi? Baiklah…saya kat rumah ni…” Mama diam. Mama mendail nombor Papa. Lagi. Lagi dan lagi. Tapi Papa, langsung tiada kabar berita. Sekuat hati Mama membaling handphone ke dinding bilik.
Mama seperti hilang akal. Mama merengkuh Adik dengan kasar. Mama mendukung Adik ke balkoni. Adik diam. Mama menangis. Kemudian Mama ketawa. Adik tetap diam. Mama mengangkat Adik tinggi-tinggi ke udara. Adik terasa ada cahaya matahari menyentuh wajah Adik buat pertama kalinya. Adik diam jugak. Adik tak boleh bagi mama sedih,kan? Adik mesti jadi anak yang baik. Adik nak cepat besar supaya Adik dapat bantu Mama yang dah banyak berkorban untuk Adik selama Adik tinggal dalam rahim Mama! Terima kasih ,Mama..Hanya Allah yang dapat membalas jasa Mama.
************************************************
“Mamaaaaaa!!! Adik sayang Mama..kenapa Mama tergamak campak Adik ke bawah???”
“Mamaaaaa!!! Kepala Adik dah pecah, Mamaaa….Mamaaa,Ma…maaaa….maaaaaa…”
**********************************************************
Dedikasiku : untuk semua bayi-bayi comel yang tak berdosa di luar sana,syurga pasti milik kalian!
hanabira
21september 2012
0130 pagi

Tuesday 18 September 2012

kod utuk telifon pintar


ini merupakan kod-kod yag terdapat di dalam hp pintar.. :)

Kod Rahsia Dalam Telefon Pintar Android

1. Tests

- *#*#0588#*#* – Ujian jarak sensor

- *#*#2664#*#* – Ujian skrin sentuh

- *#*#2663#*#* – Versi skrin sentuh

- *#*#0*#*#* – Ujian LCD

- *#*#0673#*#* OR *#*#0289#*#* – Ujian melodi/irama

- *#*#0842#*#* – Ujian peranti (Device) [Ujian getaran dan ujian latar]

- *#*#3264#*#* – Versi RAM

- *#*#0283#*#* – Paket Loopback

- *#*#232331#*#* – Ujian Bluetooth

- *#*#232337#*# – Tunjukkan tempat peranti Bluetooth

- *#*#232338#*#* – Tunjukkan tempat MAC Wifi

- *#*#1472365#*#* – Ujian GPS

- *#*#1575#*#* – Satu lagi ujian GPS


2. Mendapatkan Maklumat Firmware.

- *#*#1234#*#* – PDA dan telefon

- *#*#1111#*#* – Versi FTA SW

- *#*#2222#*#* – Versi FTA HW

- *#*#44336#*#* – PDA, Phone, CSC, Build Time, nombor Changelist

- *#*#4986*2650468#*#* – PDA, Phone, H/W, RF Call Date


3. Sokongan

- *#*#273283*255*663282*#*#* – Menu di mana anda boleh membuat fail sokongan anda


4. Mode Perkhidmatan

- *#*#197328640#*#* – Anda boleh menukar settings atau jalankan ujian dalam mode perkhidmatan


5. Tukar ”End Call / butang Power”

- *#*#7594#*#* – Tukar “End Call / butang Power dalam telefon anda


6. Reset Telefon

- *2767*3855# – Digunakan untuk reset semula telefon anda kepada setting yang asal. Berhati-hati kerana kod ini mampu memadamkan semua file dan setting anda sebelum ini.

- *#*#7780#*#* – Menjalankan semula setting yang asal selepas di reset dan membuang akaun Google yang di simpan di dalam telefon anda, muat turun aplikasi, sistem dan data-data aplikasi dan setting.


7. Maklumat mengenai telefon anda.

- *#*#4636#*#*- Tunjukkan kepada anda: informasi bateri, sejarah bateri, maklumat telefon, dan statistik penggunaan

kehidupan

apakah erti kehidupan. hidup ini sebenarnya adalah indah, Allah telah memberi banyak kelebihan kepada kita supaya kita memilih kehidupan yang diredho oleh Allah. tapi kita sering lupa tentang nikmat yang telah di berikan oleh Allah swt. leka dengan permainan dunia dan lena dengan kelalaiaannya. kita sering mencari kemewahan dunia dan sering kali terlupa akan kemewahan akhirat yang lebih kekal abadi.
Allah swt telah rmemberi anugerah yang paling berharga iaitu AKAL. akal ini jugalah yang membezakan  manusia atau haiwan. Allah memberi akal kepada manusia supaya manusia lebih perfikir tentang kebesarnya,tentang kekuasaannya dan tentang nikmat yang telah di beri kepada hambanya. Allah memberi akal supaya hambanya menkaji apa yag ada di langit dan di bumi. akan tetapi... manusia tidak boleh bergantung kepada logik akal semata-mata kerana akal tidak boleh memikirkan pekara yang ghaib.. jadikankan al-quran sebagai pegangan,al sunah dan al hadith panduan.. Isyaalllah kita akan menjadi pemikiran yang sempurna..
 AKAL:

Setiap peralatan tubuh manusia mempunyai fungsi (pekerjaan) yang dapat dikerjakannya. Fungsi akal ialah menanggapi, mengenali, mengenangkan, memperhatikan dan memikirkan. Kalau kekuatan-kekuatan itu tidak bekerja, kerja akal tidak benar lagi (bathal) dan fungsinya yang terpenting tidak berjalan dengan wajar, kegiatan hidup jadi terhenti, maka terjadi kebekuan, mati hati dan lama-lama jadi lenyap musnah.

Islam menghendaki supaya akal dilepaskan dari segala ikatan yang mengikat dan disadarkan dari tidurnya. Dari itu Islam menyerukan supaya manusia memperhatikan dan berfikir, kedua-duanya ini dianggap jauhar ibadah.

a. Firman Tuhan:

"Katakan kepada orang ramai itu ya Muhammad ! Hendaklah kamu perhatikan apa yang ada di langit dan di bumi. " (Surat Yunus ayat 101).

b. Firman Tuhan:

"Aku hanya memberikan kepadamu satu pengajaran saja, yaitu: Hendaklah kamu bergerak bangun karena Allah (dengan ikhlas) berdua-dua atau sendiri-sendiri lantas hendaklah kamu tafakkur (berfikir-fikir mengenangkan ajaran agama Allah). "          (Surat Saba' ayat 46).
Manusia-manusia yang tidak menghargai nikmat akal, atau tidak memakai akal menurut tujuan untuk apa akal itu diciptakan dan melengahkan ayat-ayat Allah, dicela dan dimaki Allah, KataNya :
"Berapa banyaknya ayat-ayat (pertanda) yang ada di langit dan di bumi yang membuktikan kebesaran Tuhan - yang mereka lalui, dan mereka hanya melengah-lengah saja. " (Surat Yusuf ayat 105).

Kata Tuhan lagi :

"Setiap datang kepada mereka satu ayat dari ayat-ayat Allah, mereka hanya melengah - memalingkan muka. "(Surat Yasin ayat 46).

d. Tidak memakai akal menurut fungsinya berarti menurunkan harga manusia sampai ke tingkat hewan, dan itulah yang menjadikan orang-orang dahulu tertutup akal, tidak bisa menembus hakekat yang ada dalam diri manusia dan di dalam penjuru-penjuru alam.


Tuhan berfirman :
"Kami siapkan untuk menjadi penduduk neraka Jahannam golongan terbanyak dari jin dan manusia - karena - mereka ada berhati jantung tetapi tidak digunakan untuk berfikir, mereka mempunyai telinga, tetapi tidak digunakan untuk mendengar, mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat. Mereka itu tak obahnya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Merekalah orang yang lalai. "                    (Surat Al A'raaf ayat 179).